Wednesday, September 2, 2009

tanda-tanda dan kebenaran yg d riwayat kn,..





myMetro » BeritaUtama

Maut sebelum berbuka

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR:

“Orang ramai bertempiaran lari sebaik gempa berlaku

sekitar jam 3 petang (4 petang waktu Malaysia),

malah saya sendiri sempat melaungkan takbir kerana

terlalu panik,” kata Nanang Setiawan, menceritakan pengalaman

cemas ketika gempa bumi di Jawa Barat,

semalam.

Dia yang juga Redaktor akhbar Pikiran Rakyat

beribu pejabat di Bandung berkata, ketika

kejadian, kebanyakan kakitangan akhbar

paling laris di Jawa Barat itu sedang

bersiap menunaikan solat Asar di

surau dalam bangunan syarikat itu di

Jalan Soekarno-Hatta, Bandung.

Menurutnya, sebaik gegaran kuat akibat

gempa bumi itu dirasai, orang ramai mulai

panik sehingga

ada antara mereka menjerit ketakutan dan bergegas

keluar dari bangunan ke kawasan lapang untuk

menyelamatkan diri.

“Kami dapat mengagak berlaku gempa bumi

apabila merasai goncangan kuat itu,”

katanya ketika dihubungi malam tadi,

sambil memberitahu maklumat diperoleh tidak

lama kemudian mengesahkan gempa bumi

berukuran 7.3 pada skala Richter itu berpusat di

125 kilometer barat daya kota Tasikmalaya,

Jawa Barat.

Nanang yang juga wartawan kanan di Pikiran

Rakyat berkata, gempa kuat yang dilaporkan

berlaku pada kedalaman kira-kira 30 kilometer

di bawah permukaan laut itu mengakibatkan

beberapa daerah di sekitar Jawa Barat, terjejas.


Katanya, antara daerah yang paling teruk

terjejas akibat bencana alam itu Bandung,

Cianjur, Pangalengan, Garut, Priangan Timur,

Ciamis, Tasikmalaya, Banjar, Sumedang,

Sukabumi dan Bogor.

“Sehingga jam 8 malam waktu tempatan,

sekurang-kurangnya 23 orang dilaporkan

terbunuh membabitkan 11 korban di Cianjur,

Tasikmalaya (lapan), Garut (tiga) dan satu

kematian di Sukabumi. Dikhuatiri kira-kira

50 penduduk masih tertimbus di daerah

Cianjur, manakala 350 cedera.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR)

digerakkan pasukan polis, tentera,

bomba termasuk Palang Merah masih diteruskan,

malah tiada tanda untuk berhenti setakat ini

berikutan khuatir ramai yang tertimbun di

bawah runtuhan.

“Sukar hendak dipastikan jumlah korban

kerana beberapa kawasan mengalami kesukaran

komunikasi terutama di kawasan Cianjur yang

khabarnya masih ramai penduduk tertimbus

di bawah runtuhan bukit berdekatan dan bangunan.

“Berikutan gempa ini, orang ramai bertempiaran

keluar dari bangunan kerana panik termasuk

pelancong dan penduduk tempatan menyebabkan

suasana hingar seketika, malah ada yang berteriak

menangis,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, agensi berita AFP memetik pihak

berkuasa Indonesia melaporkan, angka korban

akibat bencana alam itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 33

orang setakat jam 11 malam tadi.

“Sejumlah 33 orang terbunuh, 305 cedera dan

40 masih hilang,” kata Ketua Pusat Krisis

Kementerian Kesihatan, Rustam Pakaya kepada AFP.

Menurutnya, 11 orang mati di daerah Cianjur,

Bandung (6), Banjar (6), Garut (4) dan

Tasikmalaya (3) dan masing-masing satu

di Kota Tasikmalaya, Sukabumi and Jakarta.

Terdahulu, jurucakap agensi pengurusan bencana,

Priyadi Kardono dipetik berkata kepada AFP,

lebih 5,000 orang lari meninggalkan rumah

masing-masing kerana bimbang gempa bumi

susulan di Cianjur, antara daerah paling teruk

dilanda kejadian berkenaan.

Nanang berkata, berdasarkan laporan awal

daripada wartawan Pikiran Rakyat yang

bergegas ke lokasi kejadian, ribuan rumah rosak

teruk, malah ada yang ranap sama sekali akibat

gempa bumi di Sukabumi, dekat Bandung.

Menurutnya, keresahan penduduk di wilayah

Jawa Barat kemungkinan berlaku tsunami

kedua selepas Aceh jelas kelihatan apabila

masing-masing berlari ke kawasan lapang

untuk menyelamatkan diri.

Katanya, dia sendiri berusaha menenangkan

diri apabila merasai gegaran maha dahsyat

ketika gempa berlaku meskipun Bandung

berada pada kedudukan 105 kilometer dari

pusat gempa di Laut Selatan.

“Setiap kawasan terjejas membuka pusa

perlindungan masing-masing di masjid

dan sekolah untuk mangsa gempa berteduh,

manakala hospital serta pusat rawatan

masih dipenuhi penduduk yang mendapatkan

rawatan.

“Kami juga membuka tabung bantuan gempa

bumi bagi mengumpul dana membantu mangsa,

namun kos kerugian akibat bencana belum dapat

dipastikan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Indonesia menerusi

Gabenor Jawa Barat, H Ahmad Heryawan,

melahirkan kesedihan berikutan gempa yang

meragut banyak nyawa penduduk, namun

dalam masa sama meminta warganya tidak

panik dan bersabar dengan dugaan besar

pada Ramadan yang mulia ini.

“Gabenor menyatakan rasa prihatinnya

terhadap apa yang berlaku dan meminta

penduduk tidak panik, manakala anggota

penyelamat sudah diarah memberi

pertolongan kepada (mangsa) yang terselamat,”

katanya.





>35 korban gempa bumi



SUKABUMI: Gempa bumi kuat berukuran

7 magnitud melanda Jawa Barat, semalam

dan mengorbankan sekurang-kurangnya

35 orang.

Seramai 305 dilaporkan cedera dan 40

lagi hilang.

Kira-kira 700 rumah musnah, manakala

600 rosak dalam kejadian itu.

Gegaran berpusat 49 kilometer di dalam

bumi berlaku kurang 200 kilometer dari

Jakarta dan mencetuskan suasana panik

orang ramai.

Ribuan orang bergegas meninggalkan kediaman,

kompleks beli-belah dan bangunan pejabat di

Jawa Barat serta Jakarta apabila bangunan

tinggi bergegar sekurang-kurangnya seminit

kira-kira jam 3 petang (4 petang waktu Malaysia).

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana,

Priyadi Kardono, berkata kebanyakan mangsa

terbunuh akibat terperangkap di bawah runtuhan

rumah masing-masing.

Ada beberapa kawasan terpencil, katanya,

terputus hubungan dan keadaan sebenar di

sana belum diketahui.

Pelajar, Rini, berkata pengalaman semala

memang menakutkannya.

“Lantai kelihatan beralun dan dari bahagian atas,

terdengar bunyi sangat kuat seolah-olah

bangunan akan runtuh,” katanya mengenai

bangunan kompleks beli-belah Grand Indonesia

yang dikunjunginya. - AFP















No comments:

Post a Comment