Thursday, July 16, 2009

BERHATI2 PADE PEMINAT COKLAT


Lelaki maut dalam tangki coklat





CAMDEN (New Jersey): Seorang lelaki terbunuh selepas terjatuh

dalam tangki coklat cair yang mendidih, semalam.

Polis Camden mengesahkan mangsa adalah Vincent Smith II, 29,

seorang pekerja sementara di kilang milik syarikat Cocoa Services Inc.

Sumber berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika

mangsa berdiri sekeping papan di atas tangki berkenaan.

“Smith menuang coklat ke tangki itu apabila dia tiba-tiba terjatuh.





“Rakan mangsa segera mematikan suis mesin dan cuba

menariknya yang terbenam di dalam tangki sedalam 2.4 meter,

tetapi dia meninggal dunia akibat terkena mesin pembancuh

di dalamnya,” katanya.


Rangkaian Fox News melaporkan, mangsa berada dalam

tangki itu kira-kira 10 minit sebelum dapat diselamatkan.

Ketika berjaya ditarik keluar, pegawai perubatan mengesahkan

dia meninggal dunia.

Ketika kejadian, suhu di dalam tangki itu dikatakan setinggi

48 darjah Celsius. - Agensi


VARIASI












No comments:

Post a Comment